Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
BEIJING – Saham syarikat e-Dagang, Alibaba merudum 9.4 peratus Selasa lalu, selepas laporan media menyatakan bahawa seorang individu dengan nama keluarga ‘Ma’ ditahan oleh pihak berkuasa berhubung kesalahan berkaitan keselamatan negara, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.
Individu terbabit dilaporkan ditahan di bandar Hangzhou yang menjadi lokasi ibu pejabat Alibaba. Syarikat itu diasaskan oleh Jack Ma.
Menurut stesen penyiaran China, CCTV, suspek ditahan di bawah ‘langkah wajib’ pada 25 April lalu kerana disyaki bersubahat dengan kumpulan anti-China di luar negara untuk menghasut dan menggugat keselamatan negara.
Laporan berita yang hanya mempunyai satu ayat itu kemudiannya dilapor semula oleh organisasi media lain di seluruh China, seterusnya mencetuskan jualan saham panik di pasaran Hong Kong.
Keadaan itu dilaporkan menyebabkan kerugian pada nilai pasaran Alibaba sehingga kira-kira AS$26 bilion (RM113 bilion) dalam hanya beberapa minit.
Bekas Ketua Pengarang akhbar Global Times, Hu Xijin kemudian membuat penjelasan di laman sosial tempatan, Weibo bahawa berita itu telah disalah tafsir.
Menurutnya, nama suspek yang ditahan itu sebenarnya mempunyai tiga perkataan, sedangkan nama Cina bagi Jack Ma adalah Ma Yun.
Global Times seterusnya melaporkan bahawa suspek dilahirkan pada 1985 di Wenzhou, manakala Jack Ma lahir pada tahun 1964 di Hangzhou.
Suspek juga dilaporkan merupakan seorang pengarah penyelidikan dan pembangunan perkakasan di sebuah syarikat teknologi maklumat.
Penjelasan itu mendorong saham Alibaba kembali pulih daripada sebahagian besar kerugian yang dialaminya menjelang penutupan sesi dagangan.
Dalam pada itu, Jack Ma ‘mengunci mulut’ daripada mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara itu pada Selasa lalu, ketika khabar angin mengenai penangkapannya terus tersebar di internet. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya…
- Pencemaran bau diesel: Premis terima perintah tahan operasi
- Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama
- Sherry Ibrahim berusaha untuk kahwin
- Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan
- Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni
- Lelaki ditahan larikan isteri orang, rempuh kereta polis
- Polis ‘jemput’ 2 remaja di rumah selepas pamer aksi ‘wheelie’, ‘scorpion’
- Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan
- Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow
- Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk
- Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.