COVID-19: Varian Omicron Sama Bahaya Dengan Varian Lain – Kajian

COVID-19: Varian Omicron Sama Bahaya Dengan Varian Lain – Kajian

KAJIAN berskala besar di Amerika Syarikat mendedahkan varian Omicron bagi virus COVID-19 menyebabkan kesan kritikal sama dengan varian sebelum ini.

Pendedahan ini menolak dapatan kajian sebelum ini, yang mendakwa varian Omicron lebih mudah berjangkit tetapi tidak menyebabkan kesan kritikal.

Penemuan itu menganalisa gejala kritikal Omicron selepas mengambil kira kesan vaksin.

Pakar menegaskan ia seharusnya mengukuhkan kepentingan pengambilan vaksin dan dos penggalak.

Vaksin membantu mengekalkan mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian secara relatifnya rendah semasa lonjakan Omicron berbanding varian sebelumnya.

Kajian itu telah disiarkan di Research Square pada 2 Mei.

Penulisnya dari Hospital Besar Massachusetts, Universiti Minerva dan Sekolah Perubatan Harvard, enggan mengulas sehingga semakan selesai.

Kata mereka, “risiko kemasukan ke hospital dan kematian adalah hampir sama” antara era Omicron dan masa dalam dua tahun lalu apabila varian berbeza dominan.

Kajian baharu itu, berdasarkan rekod 130,000 pesakit COVID-19 di Massachusetts.

Daripada hanya melihat jumlah kematian dan kemasukan ke hospital, seperti yang dilakukan oleh kajian terdahulu, ia mengambil kira status vaksinasi pesakit dan faktor risiko perubatan dan membandingkan kumpulan orang yang serupa.

Apabila varian Omicron pertama kali dikenal pasti lewat pada tahun 2021, pegawai kesihatan awam berkata ia menyebabkan simptom yang lebih ringan dalam sebahagian besar orang yang dijangkiti.

Itu mungkin telah menggalakkan orang ramai ragu-ragu bahawa mereka kurang memerlukan suntikan.-AA

COVID-19: Varian Omicron Sama Bahaya Dengan Varian Lain – Kajian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sampai Angkut Motosikal Atas Kereta Demi Nak Pulang Beraya [VIDEO]

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker