Ku Li tiada agenda peribadi, tidak perlu tindakan disiplin



PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berpendapat bahawa langkah veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menemui beberapa pemimpin pembangkang Kelantan adalah perkara biasa dan tiada agenda khusus.

Justeru anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Jalaluddin Alias berkata, tidak wajar tindakan disiplin diambil terhadap Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li.

“Isi sebenar perbincangan itu kita tidak tahu. Sesiapa pun boleh berjumpa dengan sesiapa sempena Ramadan, sempena Aidilfitri dan sebagainya.

“Biasalah pelbagai persepsi timbul, lebih-lebih lagi apabila kita akan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya fikir tidak wajar buat apa-apa komen berkaitan pertemuan itu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada 26 April lalu, Tengku Razaleigh dilaporkan menemui beberapa pemimpin Kelantan, termasuk bekas ketua Amanah negeri itu, Wan Abd Rahim Wan Abdullah dan Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan dalam satu majlis berbuka puasa.




Ia membawa kepada spekulasi bahawa Razaleigh sedang menghimpunkan sokongan untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS dalam PRU15.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Tengku Razaleigh memberitahu FMT bahawa pertemuan itu diperbesarkan pembangkang berbanding apa yang sebenarnya berlaku sekali gus menolak cakap-cakap berhubung kemungkinan ahli Parlimen Gua Musang itu dan Amanah bekerjasama untuk menjatuhkan kerajaan PAS.

Orang dalam itu berkata, Tengku Razaleigh bukan lagi “peserta dalam permainan” dan wujud kemungkinan beliau bersara sebaik sahaja Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15.

Jalaluddin berkata, jika perbincangan Tengku Razaleigh dan beberapa pemimpin pembangkang Kelantan itu adalah mengenai agenda khusus untuk menjatuhkan Barisan Nasional, maka parti tidak boleh berdiam diri.

“Tetapi ini berlaku sekiranya tindakan itu terbukti benar, kalau setakat persepsi dan dakwaan semata-mata, tidak wajar untuk kita ambil tindakan. Sebab itu pun hanya pertemuan biasa yang dibuat. Semua itu hanya cakap yang tidak membawa bukti perkara itu betul.




“Umno kebiasaan akan mengambil tindakan apabila ada bukti-bukti yang nyata dan jelas. Parti yang akan ambil tindakan dan keputusannya asalah berasaskan kepada perlembagaan parti.”

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri



Leave a Reply

Your email address will not be published.