Penyakit hati ‘misteri’ ragut nyawa 3 kanak-kanak di Indonesia



JAKARTA: Tiga kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di Indonesia meninggal dunia akibat hepatitis akut pada April.

Ia sekali gus meningkatkan jumlah kematian global akibat penyakit hati misteri kepada sekurang-kurangnya empat individu melibatkan kanak-kanak dari Amerika Syarikat ke Asia.

Kanak-kanak itu dikesan mengalami simptom termasuk loya, muntah, cirit-birit berat, demam, jaundis, sawan dan tidak sedarkan diri, kata kementerian dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ibu bapa digesa agar segera membawa anak-anak yang menunjukkan gejala berkenaan ke hospital, kata kenyataan itu lagi.

Kementerian sedang menjalankan panel ujian penuh untuk menentukan punca penyakit berkenaan dan telah mengeluarkan pekeliling untuk meningkatkan pengawasan di seluruh negara.




Pada hujung minggu lalu, Singapura turut mengesahkan kes hepatitis akut pada bayi berusia 10 bulan dan sedang menyiasat sama ada ia serupa dengan kes lain yang dilaporkan di seluruh dunia.

Sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak lain telah meninggal dunia akibat hepatitis akut, dan puluhan lagi di seluruh dunia telah menjalani pemindahan hati selepas menghidap penyakit itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walaupun punca penyakit itu masih belum dapat dipastikan, penyiasat sedang mengkaji keluarga patogen yang dikenali sebagai adenovirus yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk selesema biasa.

Kes berkenaan pertama kali dikenal pasti di hospital Alabama pada Oktober 2021 apabila lima kanak-kanak dimasukkan dengan kerosakan hati akibat punca yang tidak diketahui.
Awal tahun ini, 10 kes dikenal pasti di Scotland.

Menurut WHO lagi, sehingga 21 April, 169 kes telah dikesan.





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.