Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha

Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha

Bangga. Itu emosi yang dirasai pengguna media sosial apabila melihat beberapa lagu popular milik penyanyi tanah air menjadi pilihan peribadi Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah pada Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Brunei semalam.

Paling membuatkan ramai teruja, sebanyak empat buah lagu milik penyanyi tanah air tersenarai dalam 28 buah lagu pilihan pasangan pengantin iaitu Dia nyanyian Datuk Sheila Majid, Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Di Akhir Garisan serta Kau Ilhamku (Man Bai).



Selain tiga lagu tersebut, lagu irama tradisional, Pandang Pandang Jeling Jeling nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Allahyarham Tan Sri S.M Salim turut dimainkan secara instrumental malam tadi.

Menerusi beberapa foto tular dalam media sosial, 28 buah lagu tersebut dimainkan oleh Orkestra gabungan daripada Radio Televisyen Brunci (RTB) beserta pemuzik-pemuzik terlatih dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunci, Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan termasuk penyertaan bakat-bakat muda.

Rata-rata netizen teruja dan tidak menyangka pasangan pengantin berkenaan meminati lagu Sedetik Lebih dan Kau Ilhamku yang dilihat sangat sesuai dimainkan pada majlis perkahwinan.

“Semua lagu bahasa Inggeris yang mereka pilih sangat hebat tetapi melihat ada Sedetik Lebih, sangat menyeronokkan.



“Banggannya ada lagu artis Malaysia dalam senarai! Okey boleh guna senarai lagu Putera Mateen untuk masa akan datang.

“Kau Ilhamku dan Sedetik Lebih ada dalam senarai dengan Lana Del Rey serta Elton John. Pasangan pengantin ada ‘selera’ muzik yang bagus,” komen netizen.

Sementara itu, pelbagai lagu penyanyi antarabangsa turut menjadi pilihan pasangan pengantin seperti All Of Me (John Legend), All My Lovings (The Beatles), Can’t Help Falling in Love (Elvis Presley) dan Marry You (Bruno Mars).

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.



Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. K Online

Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn

Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini



Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker