Zulkifli perlu bertegas isu kalimah Allah

 

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disaran lebih tegas berhubung isu kalimah Allah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaannya oleh penga­nut Kristian.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, keputusan itu mempunyai kesan yang agak besar kepada negara.

“Walaupun fatwa-fatwa tidak mengikat keputusan Mahkamah Sivil, ramai juga hakim yang merujuk fatwa-fatwa di dalam membuat keputusan bagi membolehkan mereka membuat keputusan tepat di dalam isu-isu membabitkan agama Islam.

Kalimah Allah: Jika Kerajaan Gagal Bertindak, Umat Islam Sedia Turun ke Jalan Raya – Razlan Rafii

“Dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, sudah ada fatwa dari Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang diikuti oleh fatwa sama dari Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri kecuali Perlis yang mengambil pendirian berbeza,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Kamarul Zaman, sebagai contoh, Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 5-7 Mei 2008 adalah seperti berikut:

“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau pe­nyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

https://mykmu.net/2017/02/11/bukti-campur-tangan-didedah-surat-arahan-bincang-semula-fatwa-kalimah-allah-tersebar/

Katanya, Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 2008 pula seperti berikut:

Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, begitu juga dengan Bahagian I Jadual Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam Kelantan 1981 yang menyenaraikan ‘Allah’ sebagai salah satu

daripada 24 perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam.

“Masalahnya ialah mengapa Mahkamah Tinggi langsung tidak membuat sebarang rujukan ke atas fatwa-fatwa ini di dalam membuat keputusannya sedangkan negara ini adalah negara yang Perlembagaannya memperuntukkan Islam adalah agama Persekutuannya.

“Paling tidak pun Menteri Hal Ehwal Agama patut zahirkanlah sedikit reaksi spontan se­perti apa yang disebut oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah, iaitu ‘berasa dukacita di atas keputusan ini’, supaya tidaklah wibawa kerajaan boleh dipertikai,” katanya

Isu kalimah Allah: Perpecahan umat Islam negara jadi punca

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker