Pejabat kerajaan wajib sedia taska tempat kerja – Ismail

Pejabat kerajaan wajib sedia taska tempat kerja – Ismail

Kerajaan akan mewajibkan taska tempat kerja diwujudkan di semua pejabat kerajaan, umum Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Arahan itu terpakai bagi semua agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun sebelum ia diperluaskan kepada sektor swasta.

“Kerajaan menyediakan geran tahunan RM10 juta pada 2019 dan RM30 juta sejak 2020 bagi inisiatif ini yang akan memberi kelegaan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil,” katanya dalam ucapan sempena Hari Buruh.

Dasar mewujudkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja sebelum ini didesak Pakatan Harapan ketika menerajui Putrajaya.

Ismail turut mengumumkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia atau MyEzCover.com yang menyediakan pakej ansuran bulanan tanpa faedah selama 10 bulan.

Ia akan ditawarkan kepada penjawat awam terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada pekerja di sektor swasta.

“Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perkeso dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa),” katanya. FMT

Pejabat kerajaan wajib sedia taska tempat kerja – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker