Seorang anggota tentera maut, 5 cedera trak terbabas, terbalik

Seorang anggota tentera maut, 5 cedera trak terbabas, terbalik

JITRA: Anggota tentera maut, manakala lima lagi cedera selepas trak membawa makanan yang dinaiki, terbabas dan terbalik di Jalan Kampung Bukit Kechik Changlun, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Chien Chunng Tsaur berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada 1.30 tengah hari dan siasatan awal mendapati trak itu terbabas sendiri.



Katanya, trak dipandu anggota berusia 29 tahun yang bertugas di Kem 5 Rejimen Sempadan Bukit Kayu Hitam, dari arah Kem Askar Wataniah (513 AW) Kepala Batas menghala ke Markas 30 Briged di Kem Bukit Cowder di Perlis.

Menurutnya, ketika itu trak dipercayai mengelak kereta dari arah bertentangan yang menyebabkan ia menghimpit ke kiri jalan.

“Namun disebabkan jalan raya yang sempit dan bahu jalan tidak berturap, kenderaan itu hilang kawalan serta terbabas, jatuh ke kawasan cerun ladang kelapa sawit dan terbalik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Chunng Tsaur berkata, akibat daripada kemalangan itu, seorang daripada lima penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat.



Katanya, seorang mangsa cedera turut dihantar ke hospital sama, manakala empat lagi mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BH

Seorang anggota tentera maut, 5 cedera trak terbabas, terbalik

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker