Anggota polis trafik maut, enam ahli keluarga cedera
Anggota polis trafik maut, enam ahli keluarga cedera
KOTA BHARU – Seorang anggota polis trafik maut selepas kenderaan yang dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pada awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Shuhaimi Jusoh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu, mangsa Ahmad Ibrahim, 31, yang bertugas di Balai Polis Trafik Klang Selatan, Selangor maut di tempat kejadian manakala anaknya Nur Ariana Sofia, 3, cedera parah dan lima penumpang lain cedera ringan.
“Mangsa yang memandu kereta perodua Aruz itu dalam perjalanan dari Gua Musang untuk menghantar ahli keluarganya ke Kampung Manik Urai di Kuala Krai, dipercayai telah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu terbabas ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. MG
Anggota polis trafik maut, enam ahli keluarga cedera
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)