Lebuh Raya Karak, Utara-Selatan sesak akibat kemalangan

Lebuh Raya Karak, Utara-Selatan sesak akibat kemalangan

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati sesak susulan pertambahan kenderaan dan kemalangan setakat pukul 9.30 malam tadi.

Menerusi laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), kelihatan trafik di Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur sesak dan perlahan selepas hentian sebelah Gombak ke Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Lentang.

Bagaimanapun, trafik di Plaza Tol Gombak masih berada dalam keadaan terkawal dan lancar.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik dilaporkan sesak dan perlahan susulan kemalangan melibatkan sebuah treler dari arah utara.

Menurut Twitter LLM, keadaan terkini di sebelah utara itu dilaporkan sesak sepanjang 23 kilometer (KM) di KM 324 dari arah Tapah ke Gopeng.

Selain itu, trafik turut dilaporkan perlahan di KM62.3 dari arah Selatan, Alor Setar ke Pendang susulang penutupan lorong kiri bagi kerja-kerja pengalihan kemalangan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang dan membuat persedian rapi bagi melancarkan perjalanan pulang ke kampung dengan selamat. K Online

Lebuh Raya Karak, Utara-Selatan sesak akibat kemalangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker