Pengguna LDP, SPRINT nikmati diskaun tol

Pengguna LDP, SPRINT nikmati diskaun tol

Hampir 2 juta pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya SPRINT akan menerima manfaat daripada sejumlah RM1.96 juta subsidi tol yang akan diberikan pada musim Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK, Sazally Saidi berkata, pihaknya menyambut baik seruan kerajaan dan turut sama meraikan sambutan perayaan dengan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus dan 30 peratus untuk pengguna LDP dan Lebuh Raya SPRINT bermula esok hingga 1 Mei, serta pada 7 hingga 8 Mei nanti.

“Inisiatif pemberian diskaun tol ini telah dimulakan sejak tahun 2010, dengan harapan ia akan memanfaatkan pengguna lebuh raya dan dalam masa yang sama merupakan satu platform untuk syarikat konsesi ini bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut Syawal setelah negara dua tahun terkesan dengan pandemik.

“Sejak tahun 2010 hingga 2021, LITRAK dan SPRINT telah memberikan hampir RM15.5 juta subsidi tol kepada 22.4 juta pengguna lebuh raya ketika musim perayaan,” kata dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sazally berkata, pihaknya berharap menerusi langkah itu juga, dapat bersama-sama dengan pengguna lebuh raya untuk berkongsi kegembiraan menyambut Syawal yang tiba.

“LITRAK ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua Muslim dan menasihati pengguna jalan raya agar mengamalkan pemanduan yang selamat.

“Kekal selamat dan patuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang berhari raya bermula hujung bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuh Raya Utara-Selatan. K Online

Pengguna LDP, SPRINT nikmati diskaun tol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker