Selebriti Ifa Raziah Terima sijil Malaysia Book of Records Berjaya Anjur Acara 75 Jam Tanpa Henti
Selebriti Ifa Raziah Terima sijil Malaysia Book of Records Berjaya Anjur Acara 75 Jam Tanpa Henti
SELEBRITI versatil, Ifa Raziah menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) selepas penganjuran acara jualan, StarVendors Mega Raya Fest dikira terpanjang di negara ini apabila berjaya merekod selama 75 jam tanpa henti.
Program yang berlangsung pada 22 hingga 25 April lalu itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia atau World Trade Centre (WTC) bersama kehadiran selebriti tanah air yang turut mengadakan jualan.
Pelantun lagu “Ser Ser Ser” itu berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya bersama sijil berkenaan.
Sebelum ini Ifa yang merupakan Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn Bhd itu berkata, usahanya bagi memberi platform kepada usahawan tempatan untuk berniaga tidak berakhir di situ kerana StarVendors akan menjelajah lagi di beberapa lokasi dalam negara.
“Sebelum ini kita buat 72 jam, tetapi sudah ramai penganjur yang buat.
“Tahun ini, kita pecahkan rekod kita sendiri untuk buat selama 75 jam bermula jam 9 pagi pada 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengah hari pada 25 April.
“Tidak cukup di sini kita akan buat ‘road tour’ hingga hujung tahun ini. Itulah tujuannya, sebab kita sudah dua tahun tidak dapat berniaga seperti ini.
“Bermulanya di WTC ini kita akan bergerak ke beberapa negeri lain seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak,” katanya.
Tidak hanya memberi peluang pada usahawan tempatan, StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya bakal menyaksikan pembabitan 55 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.
Antaranya, Dato Siti Nurhaliza, Dato AC Mizal, Dato Sri Vida, Dato Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shahiezy Sam, Syatila Melvin, Dato Fizz Fairuz, Dato Jovian Mandagie, Fad dan Acey Bocey.-AA
Selebriti Ifa Raziah Terima sijil Malaysia Book of Records Berjaya Anjur Acara 75 Jam Tanpa Henti
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.