Buang ego, baru boleh menang PRU15
PETALING JAYA: Blok pembangkang yang mahu mewujudkan khemah besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak akan mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) selagi kepemimpinannya bersikap ego dan mempunyai agenda kepentingan sendiri.
Tanpa keikhlasan, pembangkang tidak akan dapat mengulangi pilihan raya lalu yang menyaksikan BN tewas buat pertama kali di peringkat Persekutuan selepas beberapa dekad.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, cara terbaik ketika ini ialah semua parti pembangkang memikirkan strategi paling ampuh menghalang BN terutama UMNO kekal menjadi kerajaan.
Bekas Ahli Parlimen Batu itu berkata, ahli politik bertanggungjawab adalah mereka yang tidak meletakkan ego sebagai keutamaan, sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat dan kejujuran sepanjang berkhidmat untuk rakyat negara ini.
“Saya tidak mahu katakan siapa akan sertai siapa (termasuk parti Bersatu) dalam khemah besar ini, yang penting semua parti carilah jalan terbaik untuk bekerjasama. Dengan syarat, ikhlas dari hati bekerjasama, hanya cara ini pembangkang dapat halang BN-UMNO kembali berkuasa.
“Maksudnya, dari segi pembahagian kerusi yang adil harus dibincang bersama sehingga kata putus dicapai semua pihak. Kita mencari titik persamaan, bukannya ke arah memecah-belahkan pembangkang.
“Sebut tentang khemah besar, tidak semestinya kita di bawah satu pakatan. Ada banyak cara kita boleh guna seperti rundingan kerusi untuk mengurangkan pertindihan, siapa sesuai menjadi calon Perdana Menteri malah pengerusi kepada sesuatu barisan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kepimpinan PH agar tidak terus menutup ruang perbincangan dengan parti pembangkang, termasuk Bersatu dan Pas di blok kerajaan.
Bagaimanapun, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menegaskan tidak akan menyertai ‘khemah besar’ yang dicadangkan manakala Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, partinya belum membuat keputusan berhubung idea itu dan perlu dibincangkan dalam MPT Bersatu.
Utusan Malaysia menghubungi parti pembangkang lain termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan (Warisan). Bagaimanapun, tiada maklum balas mengenai ‘khemah besar’ yang disebutkan.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong berkata, paling penting ialah semua parti pembangkang perlu mewujudkan satu peraturan demokratik yang diterima secara bersama bagi menentang gabungan itu terutama ‘kluster mahkamah’.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling itu berkata, parti-parti pembangkang patut berbincang bagaimana cara menggunakan masa yang ada sekarang untuk menetapkan peraturan-peraturan bagi membolehkan penubuhan kerajaan yang baharu dapat dilakukan melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil.
“Bukan sahaja parti politik perlu bincang hal ini, semua rakyat Malaysia yang menentang golongan kleptokrat perlu bercakap hal yang sama, bagi memastikan satu agenda bersama untuk mengukuhkan demokrasi Malaysia.
“Ini bermaksud tatacara demokratik ini akan dipegang dengan penuh kejujuran oleh semua pihak, tanpa mengira sebarang perubahan politik. Usaha ini jauh lebih baik daripada kita berebut kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya,” katanya.
Senada dengan Chin Tong, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming berkata, ‘khemah besar’ wajib dibina berdasarkan visi dan misi yang sama untuk mencetus harapan baharu membina kerajaan baharu yang berintegriti, bersih, berwibawa selain tidak lagi bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai rekod pengkhianatan.
“Lebih baik PH fokus kepada usaha membawa suara rakyat, kembali pada agenda reformasi, peluang pekerjaan dan membangunkan ekonomi negara, belajar daripada kesilapan dan membina kekuatan dari dalam,” katanya. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.