Rakyat perlu Berhati-hati walaupun banyak kelonggaran SOP Covid-19 – Ismail

Berhati-hati walaupun banyak kelonggaran SOP Covid-19 – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat digalakkan untuk terus berhati-hati kerana virus Covid-19 masih wujud di sekeliling ketika banyak kelonggaran SOP dalam langkah kawalan dan pencegahan wabak itu diberikan.

“Kelonggaran semakin banyak diberikan tapi jangan kita menganggap tidak ada lagi bahaya di sekeliling. Covid-19 masih ada dan kita tiada pilihan terpaksa hidup bersamanya, oleh itu perlu berhati-hati,” katanya kepada media selepas majlis iftar bersama petani, nelayan dan penternak di Seri Perdana, malam ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, hari ini, mengumumkan beberapa kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 berkuat kuasa 1 Mei, antaranya pemakaian pelitup muka di luar bangunan akan menjadi pilihan bukan lagi satu kewajipan, selain tidak wajib mengimbas aplikasi MySejahtera untuk memasuki premis.

Ismail berkata, walaupun kelonggaran telah diberikan tetapi ‘kebebasan’ itu tidak bermakna rakyat tidak lagi perlu melakukan kawalan kendiri bagi melindungi keluarga, diri sendiri dan masyarakat.

“Walaupun bebas di kawasan terbuka tapi jika berada di kawasan sesak, saya galakkan pemakaian pelitup muka walaupun tidak menjadi kesalahan, jika tidak memakai bagi menjaga kepentingan diri serta keselamatan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai contoh, aktiviti ziarah tanah perkuburan di pagi raya biasanya menyaksikan ramai orang manakala solat sunat Aidilfitri pula sudah tiada halangan dari segi penjarakan, oleh itu pemakaian pelitup muka amat digalakkan walaupun bukan menjadi kesalahan. FMT

Berhati-hati walaupun banyak kelonggaran SOP Covid-19 – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker