Kerjasama Ku Li – Pakatan Harapan, Ini kenyataan UMNO Kelantan

Umno Kelantan tidak dimaklum mengenai perancangan Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan merancang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub memberikan gambaran mengenai hal itu ketika ditanya wartawan

Anggota Parlimen Machang itu berkata demikian ketika ditanya berhubung khabar angin menyatakan Tengku Razaleigh sedang menyusun strategi dan membuka ruang bekerjasama dengan PH dalam usaha menawan Kelantan.



Sebelum ini satu pertemuan dan perbincangan awal di antara ahli parlimen Gua Musang itu dengan pimpinan Amanah negeri sudah diadakan di Kota Bharu.

Ia disusuli dengan program berbuka puasa bersama, baru-baru ini.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Amanah Kelantan Muhammad Hussin, bekas pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda Amanah negeri Hazmi Hassan dan barisan anggota jawatankuasa Amanah negeri.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed dalam satu hantaran di Facebook turut memberi gambaran mengenai perkara itu.



“Insya-Allah di Kelantan satu usaha sedang digerakkan untuk menggabungkan berbagai parti, NGO dan anak-anak Kelantan yang berkebolehan untuk menawarkan satu kerajaan alternatif kepada rakyat Kelantan.

“Selebihnya terserah kepada rakyat Kelantan untuk kekal bersama PAS atau memilih tawaran yang dihidangkan sebagai satu percubaan untuk berubah,” katanya.

Tambah Che Ibrahim sesebuah parti politik hanyalah suatu persaingan untuk menawarkan apa yang terbaik yang boleh dilakukan.

“Agama, perkauman dan pelbagai tawaran hanya perasa dan penghias hidangan yang boleh menyebabkan pengundi terpedaya dan tersilap pilih,” katanya.



Kerjasama Ku Li – Pakatan Harapan, Ini kenyataan UMNO Kelantan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)



Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker