500 tahfiz berpeluang sertai kursus TVET
500 tahfiz berpeluang sertai kursus TVET
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membuka peluang kepada 500 pelajar tahfiz untuk mengikuti kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di institusi pendidikan TVET bawah kementeriannya.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pelajar tahfiz yang menyertai kursus TVET itu akan mengikuti pembelajaran selama enam bulan sebelum diberikan sijil mengikut kemahiran yang dipilih.
Beliau berkata, pelajar tahfiz yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), boleh menyertai kursus kemahiran seperti membaiki motosikal atau alat pendingin hawa.
“Apabila selesai menjalani kursus, mereka akan menerima sijil bagi membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Iftar kementeriannya di sini, hari ini.
Pada program itu, Mahdzir turut menyampaikan sumbangan KPLB melalui Kelab Kebajikan dan Sukan KPLB iaitu wang tunai kepada 103 penerima terdiri daripada kakitangan KPLB, Institut Kajian Desa (INFRA), pengawal keselamatan dan petugas syarikat fasiliti.
Mahdzir berkata, ketika ini kementerian sedang giat menjalankan projek pembangunan rakyat di kawasan luar bandar.
Katanya, KPLB akan memantau projek sedia ada supaya ia berjalan mengikut garis masa ditetapkan. BH
500 tahfiz berpeluang sertai kursus TVET
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.