Suami isteri peras ugut video lucah ditahan

Suami isteri peras ugut video lucah ditahan

KUALA TERENGGANU: Suami isteri antara tiga ditahan selepas dipercayai terbabit kegiatan pemerasan video lucah menggunakan media sosial.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, tiga suspek ditahan pasukan khas Ops Cantas VC dalam dua serbuan berasingan di Sungai Petani dan Baling di Kedah.

Mengulas lanjut, beliau berkata kegiatan mereka terbongkar susulan aduan diterima pihaknya daripada seorang lelaki pada 11 April lalu.

Susulan itu, katanya, usaha mengesan suspek digerakkan sehingga membawa kepada penahanan suami isteri berusia 27 dan 23 tahun di Sungai Petani, Kedah kira-kira jam 10.15 pagi kelmarin.

“Hasil siasatan awal, mereka mengaku terbabit dalam kes ini sebelum seorang lagi suspek berusia 39 tahun ditahan di sebuah kedai telefon di Baling, Kedah.

“Siasatan mendapati sindiket baharu bermula tahun ini dan dipercayai menggunakan media sosial seperti Michat, WeChat dan sebagainya untuk memperdayakan mangsa membuat panggilan video lucah sebelum memeras ugut mereka,” katanya ketika sidang media si sini, hari ini.

Rohaimi berkata, sehingga kini, terdapat tiga kes di Terengganu iaitu dua di Marang dan satu di Kuala Terengganu direkodkan berlaku pada 11, 13 dan 20 April lalu membabitkan modus operandi dan beberapa akaun sama.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek memerangkap mangsa selepas memuat turun aplikasi seperti MiChat yang membawa kepada perkenalan dengan seorang wanita.

Daripada perkenalan itu, katanya wanita terbabit mengajak mangsa melakukan panggilan video lucah dan mangsa menerima video berkenaan sebaik menamatkan panggilan.

“Suspek kemudian mengugut mangsa memasukkan sejumlah wang sekiranya tidak mahu video berkenaan disebarkan di akaun media sosial milik mangsa

“Ia membabitkan transaksi antara RM30 hingga RM2,000 dan kita percaya lebih ramai menjadi mangsa, namun tidak membuat laporan atas dasar maruah,” katanya memaklumkan empat lagi kes sama dilaporkan di Selangor, Perak dan Sabah.

Semua tiga suspek kini direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan. BH

Suami isteri peras ugut video lucah ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker