Pas Leaks tak lari jauh dari realiti – Shahril

Pas Leaks tak lari jauh dari realiti – Shahril

Dokumen ‘Pas Leaks’ yang didakwa mengandungi perancangan sulit menjatuhkan pemimpin UMNO tidak lari jauh dari realiti tindakan yang dibuat terhadap parti itu selama ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, ia merupakan kisah utama dan sama ada dokumen itu sahih atau palsu ia tidak aneh namun isu tersebut dianggapnya ‘bernyawa.’

“Natijahnya, jika ada merasakan “Pas Leaks” tidak luar biasa kerana memang kerja parti lawan melemahkan parti kita, maka sudah tentu, tidak luar biasa juga jika orang UMNO banyak bercakap tentangnya kerana parti sudah lama cuba ditekan, dirobek malah dimusnah dan diharamkan.

“Sememangnya kita tidak tahu kesahihan. Jika sahih, kita tak tahu siapa dalam mesyuarat-mesyuarat itu yang bocorkan dan apa tujuan mereka. Atau sama ada mereka mewakili seluruh kepimpinan Pas atau tidak.

“Kita tak tahu sama ada ditambah gula garam dan cili untuk wujudkan syak wasangka dalam UMNO yang semakin lama semakin utuh kesatuannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Shahril berkata, tiada yang aneh dan mengejutkan jika ramai dalam kalangan ahli UMNO yang tertanya-tertanya berkenaan perkara itu.

Ini kerana katanya, apa yang digambarkan melalui perbincangan- perbincangan yang didakwa berlaku dalam “Pas Leaks” seakan-akan konsisten dengan pelbagai tindakan terhadap UMNO selama ini.

Tambahnya, cubaan untuk mengajar dan mengarah UMNO berkenaan apa yang perlu dibuat, dengan siapa ia mesti bekerjasama dan dengan siapa ia tak boleh bekerjasama, semua itu sudah berlangsung lama dan nyata dalam tindakan dan kenyataan pimpinan dalam Perikatan Nasional.

“Lainlah kalau kandungan dokumen itu mengakui dan mengiktiraf bahawa UMNO dan BN boleh memimpin negara lebih baik dari mereka. Itu mungkin susah sikit nak percaya,” tambahnya. MG

Pas Leaks tak lari jauh dari realiti – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker