Ikan dori masak lemak Pak John tambat selera

Ikan dori masak lemak Pak John tambat selera

Diam tak diam, Ramadan semakin menghampiri ke penghujungnya. Ketika ini pasti ramai agak malas untuk masak dan ingin berbuka berbuka di luar.

Bagi yang mencari lokasi berbuka pilihan, anda boleh memilih Pak John Steamboat & BBQ untuk mencuba bufet Ramadan yang menampilkan menu istimewa dan antaranya ikan dori masak lemak.



Seperti yang kita ketahui, ikan dori sering dijual dalam bentuk ‘kepingan isi ikan yang disejuk beku. Isinya manis dan lembut dan cepat masak serta edap digoreng sebagai menu fish and chips yang popular.

Hakikatnya, ikan dori memiliki banyak khasiat kesihatan kerana memiliki manfaat paling terkenal adalah kandungan Omega 3 yang dapat membuat otak manusia menjadi cerdas.

Menurut Pengurus Pak John Steamboat & BBQ, Chong Seong, selain menu popular stimbot, pihaknya turut menyediakan nasi lemak dan sate sebagai tema Selera Kampung selain menu dim sum.

“Selain itu, pelanggan boleh menikmati makanan stimbot bot makanan, kita juga menyediakan rendang ayam dan kuah kacang untuk membangkitkan lagi selera pengunjung.



“Kita mahu pelanggan gembira menikmati makanan namun pada masa sama, jangan ambil terlalu banyak sehingga membazir,” katanya sambil memberitahu pihaknya bakal membuka satu franchise Pak John Steamboat & BBQ di Kota Bahru, Kelantan tidak lama lagi.

Ketika ini, restoran itu beroperasi di Tropicana Gardens Mall, Pak John Steamboat & BBQ juga beroperasi di IOI City Mall, Putrajaya.

Chong menambah, bagi harga buffet untuk dewasa adalah RM61.90 manakala kanak-kanak berusia 6 tahun sehingga 12 tahun, RM31.90 dan bagi pelajar dan warga emas, hanya perlu bayar RM45.90.

Menurut beliau, pada hujung minggu pula, harga untuk dewasa adalah RM67.90, warga emas, RM59.90 dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, RM35.90.



“Sepanjang Ramadan ini, kami menyediakan lebih 120 menu bersama 16 jenis sos termasuk pelbagai pemanis mulut seperti wafel dan air batu campur (ABC).

“Pengunjung juga jelasnya boleh memilih enam jenis sup antaranya berperisa tom yam, kari, udang dan ayam termasuk yang terbaharu adalah sup kimchi,” katanya.

Sementara itu, para pelanggan boleh melayari Facebook dan Instagram Pak John atau menghubungi talian +60 12-705 0684 untuk mengemukakan pertanyaan.

Sejarah Pak John bermula pada tahun 2013 menerusi kios kecil dengan modal permulaan RM40,000. MG



Ikan dori masak lemak Pak John tambat selera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker