Tiada ‘pusingan U’, gaji minimum RM1,500 tetap dilaksanakan 1 Mei – PM

Tiada ‘pusingan U’, gaji minimum RM1,500 tetap dilaksanakan 1 Mei – PM

Kerajaan tidak akan membuat ‘pusingan U’ atau menarik balik pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 walaupun terdapat pelbagai cadangan dan rayuan.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kadar gaji baharu berkenaan akan tetap dilaksanakan pada 1 Mei ini.


Katanya perincian lengkap mengenainya akan diumumkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan tidak lama lagi.

“Walaupun terdapat pelbagai cadangan, rayuan dan sebagainya saya ingin memberi jaminan hari ini kepada pekerja bahawa penetapan gaji minima untuk dilaksanakan kepada 1 Mei akan diteruskan.

“Kita tidak akan menarik balik dan sebagainya tidak akan ada ‘U turn’ dan sebagainya akan diteruskan cuma perinciannya akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia,” katanya.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan 1 Mei adalah hari pelaksanaan gaji minimum sebagai penghargaan kepada golongan pekerja.

Sementara itu Ismail Sabri berkata kerajaan akan meminda peruntukan bagi membolehkan guru gred DG 48 ke atas yang tidak terlibat dalam pentadbiran dibenarkan aktif dalam kesatuan. 
 Katanya pihaknya telah berhubung dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya perkara itu dipinda semula.-AA

Tiada ‘pusingan U’, gaji minimum RM1,500 tetap dilaksanakan 1 Mei – PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker