‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Pasir Gudang: “Muhd Adam Danish adalah anak sulung yang bertanggungjawab dan sebelum kejadian, dia sempat mengambil saya dari tempat berniaga dan hantar pulang ke rumah,” kata Lily Nor Ilyana Abdullah.

Lily Nor Ilyana, 40, berkata, dia tidak menyangka Muhd Adam Danish Mohd Fairu, 16, yang meninggal dunia pada kemalangan jalan raya di Taman Kota Masai, jam 10.30 malam tadi dilabelkan sebagai mat rempit biarpun arwah tidak pernah terjebak dalam aktiviti seumpama itu sebelum ini.

Menurutnya, ketika kejadian, Muhd Adam Danish dalam perjalanan daripada kedai ke kediaman rakannya di kawasan perumahan Taman Kota Masai.

Katanya, anaknya itu menunggang motosikal Honda EX5 dan dibonceng rakannya dikenali sebagai Khairul.

“Mereka adalah sahabat baik dan kedua-duanya tiada kaitan dengan kumpulan remaja yang terbabit lumba haram,” katanya.

Lily Nor Ilyana berkata, sebelum meninggalkan kediaman, arwah tidak menunjukkan perubahan ketara namun berkali-kali mencium adik bongsunya yang berusia tujuh tahun.

Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian menimpa anaknya yang tidak berpeluang menyambut Aidilfitri.

“Saya sebak memikirkan hasrat saya untuk membelikan baju baharu buatnya tidak kesampaian.

“Bagaimanapun, sekurang-kurangnya, kami dapat menunaikan keinginan arwah untuk pulang ke kampung. Ini kerana, jenazahnya akan dikebumikan di kampung halaman kami di Pengkalan Chepa, Kelantan selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya.

Lily Nor Ilyana berkata, arwah adalah penuntut tahun pertama di pusat latihan kemahiran GiatMARA di Pasir Gudang.

“Kami sekeluarga reda dengan kejadian dan akan tabah dengan dugaan daripada Allah SWT,” katanya dihubungi.-HM

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker