Parti Warisan Akan Bertanding Di Semenanjung Di PRU15 – Presiden

Parti Warisan Akan Bertanding Di Semenanjung Di PRU15 – Presiden

LABUAN: Parti Warisan (Warisan) akan bertanding di beberapa kerusi Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, kata Presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie berkata keputusan itu diambil bagi meneruskan saingan parti yang berpangkalan di Sabah itu di Semenanjung selepas kemunculan pertamanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lepas.



“Bukan sahaja kami mahu mempertahankan kemenangan (PRU14) di peringkat negeri Sabah, bahkan juga mahu menawarkan diri di Semenanjung,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan dan Iftar Warisan Labuan di sini semalam.

Menurut Shafie pucuk pimpinan parti itu akan meneliti kawasan Parlimen di Semenanjung yang berpontensi ditandingi dan boleh dimenangi pada PRU15 itu.

Mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang menyatakan kesediaan pembangkang meneruskan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang selepas 31 Julai depan, Shafie berkata Warisan tidak pernah menyokong agar MoU itu diteruskan.

“Apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, itu adalah hak dia untuk bersuara, bagi saya, saya tidak setuju dari awal lagi, sebab itu saya tidak menandatanganinya,” katanya.

Pada Mac lepas, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ketika membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat berkata pembangkang bersedia meneruskan MoU transformasi dan kestabilan politik yang dimeterai Pakatan Harapan (PH) dengan Kerajaan Persekutuan pada September tahun lalu, selepas tarikh 31 Julai depan.-AA



Parti Warisan Akan Bertanding Di Semenanjung Di PRU15 – Presiden

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta



Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker