Jangan Biasakan Diri Selepas Sahur Terus Tidur, Takut Terlajak Solat Subuh! Apakah Hukumnya?

Jangan Biasakan Diri Selepas Sahur Terus Tidur, Takut Terlajak Solat Subuh! Apakah Hukumnya?

PASTI ada antara kita yang kembali tidur selepas bersahur kerana berasa penat. Persoalannya, adakah perkara itu dibenarkan di dalam Islam? Bagaimana pula status puasa orang yang tidur selepas bersahur?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata pada asasnya tidak menjadi kesalahan seseorang itu tidur semula selepas bersahur disebabkan terlalu penat atau alasan lain.

Mengenai hal ini, dinyatakan dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah bahawa tidur sebelum masuknya waktu solat, secara zahirnya hukumnya adalah tidak makruh kerana dia belum lagi diwajibkan dengannya – yakni diwajibkan untuk menunaikannya kerana waktunya belum lagi masuk.

“Malah ulama dalam kalangan mazhab Maliki berpendapat diharuskan baginya untuk tidur dan tidak ada dosa ke atasnya.

Waktu sahur merupakan waktu terbaik untuk berdoa dan beristighfar.

“Di samping itu, al-Ramli juga menyatakan, sekiranya seseorang itu tidur sebelum masuknya waktu solat, maka hukumnya tidak haram sekalipun kuat sangkaannya bahawa dia tidak akan bangun bagi mendirikan solat itu kerana dia belum lagi diwajibkan dengannya,” jelasnya.

Tambah Zulkifli, al-Khatib al-Syirbini turut menyebutkan, secara zahirnya tidak dihukumkan sebagai makruh bagi sesiapa yang tidur sebelum masuknya waktu solat kerana dia belum lagi diwajibkan dengannya.

Begitu juga tidak dihukumkan sebagai haram perbuatan itu, jika kuat sangkaannya dia akan tenggelam dalam tidurnya sehingga keluar waktu.

Manakala Ibn Hajar al-Haitami pula berpendapat, tidur selepas masuknya waktu solat termasuk dalam tidur yang dimakruhkan menurut kebanyakan ulama dan hal ini dikuatkan lagi, yakni disokong dengan perintah wajib untuk berjalan ke masjid bagi mendirikan solat Jumaat bagi mereka yang mana rumahnya jauh sebelum masuknya waktu solat.

Jelas Zulkifli, apa paling penting adalah asalkan tidur itu tidak menyebabkan seseorang itu terlepas daripada menunaikan solat Subuh.

Begitu juga puasa orang yang tidur selepas bersahur juga masih dikira sah selagi mana tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkannya.

Jika solat Subuh sudah terlalu hampir, maka sebaiknya tunggulah sekejap bagi menunaikannya terlebih dahulu.

“Walau bagaimanapun, waktu sahur merupakan waktu terbaik untuk berdoa dan beristighfar. Malah ia adalah di antara waktu yang mustajab untuk berdoa. Justeru, janganlah kita terlepas daripada mendapatkannya.

“Sekiranya waktu solat Subuh sudah terlalu hampir, maka sebaiknya tunggulah sekejap bagi menunaikannya terlebih dahulu.

“Hal ini kerana tidak sepatutnya seseorang Muslim itu mengambil sikap sambil lewa terhadap solat yang merupakan tiang agama dan juga perkara pertama daripada amalannya yang akan dihisab. Apatah lagi, di dalam bulan Ramadan yang mulia ini,” pesannya.

Firman Allah SWT ketika menyebutkan antara sifat-sifat ahli syurga:

Maksudnya: “(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”

Jangan Biasakan Diri Selepas Sahur Terus Tidur, Takut Terlajak Solat Subuh! Apakah Hukumnya?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker