Etnik minoriti Uyghur ditindas, Malaysia perlu ambil pendekatan lebih jelas

Etnik minoriti Uyghur ditindas, Malaysia perlu ambil pendekatan lebih jelas

Malaysia perlu mengambil pendekatan lebih jelas dalam isu penindasan etnik minoriti Uyghur di Xinjiang.

Ia selepas isu tersebut hangat diperdebatkan susulan laporan media barat yang mendedahkan “bukti-bukti” penggunaan kekerasan dan layanan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik itu oleh kerajaan China.

Menurut pengasas institut pemikir Bait Al-Amanah Dr Abdul Razak Ahmad, langkah itu perlu dilakukan, selain penubuhan wakil khas bagi menangani isu tersebut.

“Ada beberapa perkara yang Malaysia boleh lakukan. Pertama, perlu mendesak kerajaan untuk mempunyai pandangan yang lebih jelas dalam perkara ini.

“Ini kerana, kita tidak begitu konsisten dalam menyuarakan perkara ini walaupun secara jelas kita tidak melakukan perkara yang memudaratkan masyarakat Uyghur di tanah air kita, seperti menghantar mereka pulang.

“Kedua, sudah tiba masanya juga untuk Malaysia mempunyai special envoy (wakil khas) dalam menyuarakan isu Islamofobia – saya melihatnya sebagai isu Islamofobia – agar ia dapat ditangani bukan sahaja di peringkat bilateral, malah di peringkat universal,” jelasnya.

Malaysia, ujarnya, tidak pernah menyokong pendirian China atau secara jelas mengutuk tindakan China dalam hal ini, kerana mengambil pendekatan lebih sederhana berbanding isu di Palestin dan Syria.

Jelasnya, walaupun ia sukar dilakukan selari dengan usaha memastikan aliran perdagangan dan pelaburan menggalakkan, Malaysia tidak boleh kecundang dalam mempertahankan umat Islam sejagat.

Malah, masyarakat antarabangsa juga memainkan peranan untuk mengetengahkan isu ini agar penyelesaian drastik dapat dilakukan.

Namun, apa sahaja tindakan yang dilakukan, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian yang lebih jelas selain tidak menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan China. Aw

Etnik minoriti Uyghur ditindas, Malaysia perlu ambil pendekatan lebih jelas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker