Jangan Salah Guna Kurniaan Istana Untuk Populariti Di Media Sosial- Permaisuri Johor

 

Jangan Salah Guna Kurniaan Istana Untuk Populariti Di Media Sosial- Permaisuri Johor

Johor Bahru: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah bertitah, sebarang kurniaan daripada Istana Johor tidak sepatutnya disalah gunakan untuk meraih populariti di media sosial.

Ia merujuk kepada akaun TikTok ‘shafeqyahya’ yang menayang beberapa hadiah kurniaan daripada Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Dalam hantaran di Facebook, The Royal Johor, baginda bertitah tidak mengenali pemilik akaun TikTok ‘shafeqyahya’.
“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor sebagai penghargaan ikhlas atas perkhidmatan mereka.
TANGKAP layar beberapa kurniaan istana yang dimuat naik pemilik akaun TikTok ‘shafeqyahya’. FOTO Ihsan Royal Press Office (RPO)

Sehubungan itu, baginda bertitah, satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna ataupun menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor.

Dalam beberapa video TikTok yang dikongsikan pemilik akaun tersebut memaparkan beberapa kurniaan dari Istana Johor seperti loket rantai, syiling berwarna emas, set pen dan tasbih dan samping raya.

Ada antara perkongsian itu mendapat tanda suka lebih 19,000.-HM

Jangan Salah Guna Kurniaan Istana Untuk Populariti Di Media Sosial- Permaisuri Johor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker