Resepi Biskut Sarang Semut Viral

Resepi Biskut Sarang Semut Viral

CEPAT sungguh masa berlalu, macam tak percaya tinggal dua minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aildilfitri.

Pasti ada di antara ahli keluarga, sanak-saudara yang merindui biskut yang sering disajikan ketika hari raya.

Jadi, pada kali ini kita ingin berkongsi satu resipi biskut yang sangat mudah dan ringkas untuk disediakan iaitu biskut sarang semut.

Terima kasih kepada pengguna Facebook, Novelis Affieyza Isahak kerana berkongsi resipi biskut ini. Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

BAHAN-BAHAN

250g mentega
2 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 ½ tepung gandum
1 cawan gula halus
1 kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Cawan kertas
Coklat manik

Kredit foto: Affieyza Isahak

CARA PENYEDIAAN

1. Ayak tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum.
2. Masukkan mentega dan gula halus ke dalam bekas kemudian pukul sehingga kembang.
3. Seterusnya, masukkan kuning telur, esen vanilla dan pewarna kuning kemudian pukul sehingga sebati.
4. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
5. Simpan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Setelah adunan disejukkan, boleh mulakan proses memarut.
7. Kemudian, masukkan adunan yang telah diparut ke dalam cawan kertas dan hias bersama coklat manik.
8. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut suhu ketuhar masing-masing dan gunakan tetapan api atas dan bawah.

Setelah ia masak, sedia untuk dihidangkan!

Haa… mudahkan resepi biskut sarang semut ini?

Jadi, apa tunggu lagi, jom ajak anak-anak mahupun adik-beradik menyediakan biskut raya bersama-sama.
Selamat mencuba!

Resepi Biskut Sarang Semut Viral


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker