Penduduk gempar puting beliung melanda Arau

Fenomena belalai darat yang dirakamkan penduduk di kawasan Arau pada petang tadi.

ARAU – Penduduk di negeri ini gempar apabila berlaku kejadian puting beliung atau dikenali sebagai belalai darat di kawasan Kubang Gajah di sini pada petang tadi.

Gambar dan video fenomena tersebut yang dipercayai berlaku di kawasan sawah kira-kira pukul 6.14 petang itu turut tular di Facebook.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Perlis, Mohd. Saharudi Saad mengesahkan berlaku kejadian tersebut atau lebih dikenali sebagai ‘land spout’ atau belalai darat.

Katanya, fenomena berkenaan berlaku disebabkan peralihan Monsun Barat Daya ke Monsun Timur Laut.



“Pada waktu sekarang cuaca agak panas, namun tiupan angin agak kencang dan apabila wujudnya awan
kumulonimbus, itu yang menyebabkan terbentuknya belalai darat.

“Bagaimanapun, kejadian itu hanya berlaku dalam masa kira-kira lima minit sahaja dan dipercayai di kawasan sawah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker