Tidak tahan dikecam, MB Terengganu akan pulang segera dari New Zealand

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan segera pulang ke Terengganu untuk pergi ke lokasi-lokasi terjejas banjir dan melawat mangsa yang terjejas akibat bencana itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu bilakah waktu yang tepat Menteri Besar akan tiba di Terengganu.

“Ketika ini, tular di media sosial bahawa Menteri Besar ada di Auckland, New Zealand. Saya pun tahu perkara itu melalui maklumat yang tular namun difahamkan, Menteri Besar akan pulang segera secepat mungkin,” katanya.



Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu berkata, ketiadaan Menteri Besar sepanjang tempoh bencana buruk itu berlaku tidak sepatutnya menjadi isu dan diperbesarkan oleh mana-mana pihak.

Ini kerana semua jabatan dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab telah menjalankan tugas dengan terbaik untuk menjaga kebajikan hampir 40,000 mangsa banjir yang terjejas di seluruh negeri ketika ini.

“Semuanya berjalan lancar sejak hari pertama banjir hinggalah sekarang. Bantuan makanan dan keperluan asas yang lain juga telah disalurkan kepada semua mangsa banjir.

“Walaupun banjir serentak di semua lapan daerah dan melibatkan jumlah mangsa yang ramai, apa sahaja permasalahan yang timbul telah dapat diselesaikan segera. Mengapa tiba-tiba ketidakhadiran Menteri Besar menjadi isu, kerana ia bermotifkan politik,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker