Jangan pilih ADUN yang minta derma dari rakyat – Nizar Najib

#PRK PELANGAI

Jangan pilih ADUN yang minta derma dari rakyat – Nizar Najib

BENTONG: “Jangan salah pilih wakil rakyat yang meminta derma orang ramai untuk menampung perbelanjaan sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)”.

Demikian ingatan oleh ADUN Peramu Jaya, Datuk Seri Mohd. Nizar Najib kepada pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Sabtu ini.



Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, beliau bimbang ADUN pembangkang memberikan pelbagai alasan antaranya tiada peruntukkan ketika rakyat memohon bantuan.

“Saya bimbang mereka minta dengan pengundi, untuk beli pejabat, beli kipas, beli pendingin hawa dan sebagainya. Ia berlaku di kawasan lain.

“Saya berharap pengundi Pelangai yang pintar, pilihlah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizal Abu Adam pada Sabtu ini,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di Simpang Pelangai di sini semalam.

Dalam pada itu, Nizar yang juga Pengerusi Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, beliau terharu dengan sikap penduduk Pelangai yang masih bertanyakan khabar perkembangan bapanya, Najib yang kini sedang menghadapi hukuman penjara.



“Ramai tanya, apa khabar Datuk Seri (Najib), dia sihat? Masih kuat? Alhamdulillah dia masih kuat, masih bertenaga, masih mampu tersenyum walaupun di belakang tirai besi. Dia kirim salam kepada rakan-rakan seperjuangan,” katanya.

Sebaliknya beliau berharap kerajaan dapat membela Najib kerana yakin bekas Perdana Menteri itu telah dianiaya oleh sistem kehakiman negara.

“Tapi kami diasuh untuk setia kepada parti, kepada UMNO dan BN, tetap kami perjuangkan dan tempuhi. Saya harap kepimpinan tidak kecewakan ayahanda saya, berilah beliau pembelaan sewajarnya,” katanya. Utusan

Jangan pilih ADUN yang minta derma dari rakyat – Nizar Najib



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker