Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan secara sinis bertanya kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sejak bila Gabungan Parti Sawarak mengisytiharkan meereka sebahagian daripada Perikatan Nasional.
Persoalan itu dibuat selepas Abdul Hadi menyatakan Kerajaan Pusat hari ini menerajui 70 kerusi di bawah PN.
”..didominasi 70 kerusi PN dan gabungannya” Ia ke? #JomBelajarMatematik. Cuba kira: PPBM 31 + Pas 18 + Star 1 = baru 50.
”Sejak bila GPS 18 istiharkan sebahagian dari PN?,” kata Setiausaha Agung UMNO itu.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang berkata, Pas akan membincangkan mengenai lanjutan memorandum persefahaman yang dimeterai oleh perdana menteri walaupun Datuk Seri Ismail Sabri akur dengan keputusan UMNO agar ia tidak diteruskan.
Menurut pemimpin Pas itu, perbincangan akan dibuat kerana kerajaan sekarang didominasi oleh PN.
Semalam, Hadi dilaporkan berkata PAS akan mengadakan perbincangan sama ada setuju untuk melanjutkan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan PH, yang akan tamat pada 31 Julai ini.
Mengulas lanjut, Ahmad menerangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ada 31 kerusi itu pun terdiri daripada 15 kerusi UMNO/Barisan Nasional dan 10 bekas Parti Keadilan Rakyat.
”Sebenar PN ialah PPBM yang bukan pelompat cuma 6 kerusi sahaja, 18 Pas dan 1 Star. Baru 25, bukan 70. Kan gitu?,” soalnya lagi. MG
Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji
You must be logged in to post a comment.