Biden dijadual bertemu pemimpin Asean pada Mei

Sidang kemuncak Asean dan Amerika Syarikat (AS) dijadual diadakan pada 12 hingga 13 Mei di Washington, menurut kenyataan akhbar Pengerusi Asean yang dikeluarkan pada Sabtu.

Pemimpin Asean dan Presiden Joe Biden akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan cara dan kaedah mempergiat kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk tindak balas COVID-19 dan keselamatan kesihatan global, perubahan iklim, pembangunan mampan, maritim, pembangunan modal insan, pendidikan dan hubungan antara rakyat serta kerjasama ekonomi.

“Pemimpin Asean dan AS akan melakar hala tuju masa depan hubungan Asean-AS dan berusaha untuk meningkatkan lagi perkongsian strategik untuk faedah bersama,” menurut kenyataan itu.



Para pemimpin juga akan mengulangi komitmen bersama untuk menegakkan perpaduan dan kepaksian Asean melalui mekanisme sedia ada, serta memupuk kepercayaan serta keyakinan demi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

Sidang kemuncak itu pada awalnya dijadualkan pada 28 hingga 29 Mac tetapi ditangguhkan berikutan beberapa pemimpin Asean tidak dapat menyertainya.

Kemboja adalah Pengerusi Asean untuk 2022.

Ditubuhkan pada 1967, Asean dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.



– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker