Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

JUADAH berbuka puasa masyarakat Malaysia pastinya tidak akan lengkap tanpa makanan berminyak seperti ayam goreng, popia goreng, karipap dan sebagainya.

Hakikatnya pemilihan makanan untuk berbuka selepas seharian berpuasa sebenarnya sangat penting dan mampu memberi kesan kepada kesihatan.

Makanan berminyak boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati.

Hal ini kerana makanan bergoreng termasuk dalam kategori tidak sihat malah boleh menggangu sistem pencernaan seperti sakit perut, pedih ulu hati, kembung perut, kerap sendawa, mual, kurang bertenaga dan menyebabkan berat badan bertambah.

Makanan bergoreng cukup tinggi dengan kandungan natrium dan karbohidrat yang boleh mengurangkan tenaga sehingga membuatkan seseorang mudah berasa letih dan malas.

Berikut merupakan kesan pengambilan makanan bergoreng berlebihan terutamanya ketika berbuka puasa dan bersahur.

1. Tinggi kalori

Makanan bergoreng biasanya dimasak menggunakan kuantiti minyak yang banyak. Cara pemprosesan ini akan menambahkan lebih banyak kalori pada makanan.

Selain itu, makanan bergoreng biasanya dibuat daripada tepung yang juga kaya dengan kalori dan lemak.

Misalnya, satu hidangan kentang panggang biasanya mengandungi hanya 93 kalori tetapi jika prosesnya ditukar kepada goreng, maka kalorinya bertukar menjadi 319 kalori dan 17 gram lemak.

Jadi, cuba untuk tukar cara masakan daripada goreng kepada cara yang lebih sihat seperti rebus atau pun kukus.

2. Tinggi lemak trans

Makanan bergoreng dimasak dengan minyak pada suhu yang sangat tinggi. Daripada proses ini akan mencetuskan pembentukan lemak trans.

Makanan bergoreng juga sering kali dimasak dengan minyak sayur yang telah diproses dan mengandungi lemak trans sebelum dipanaskan.

Dengan cara ini akan membuatkan makanan bergoreng menjadi makanan yang tinggi lemak trans di dalamnya.

Walhal, lemak trans dikaitkan dengan peningkatan pelbagai risiko penyakit, termasuk penyakit jantung, kanser, diabetes, dan obesiti.

3. Mengandungi akrilamida

Akrilamida adalah sejenis toksik yang dapat dibentuk dalam makanan selama memasak dengan suhu yang tinggi, seperti menggoreng atau memanggang.

Zat ini dibentuk oleh reaksi kimia antara gula dan asid amino yang dikenali sebagai asparagine.

Makanan yang bertepung seperti produk kentang goreng, donut, atau bakwan memiliki penumpuan akrilamida yang lebih tinggi. Jika mengamalkan pemakanan ini, maka risiko untuk mendapat barah akan semakin tinggi.

Akrilamida pada makanan boleh menjadi pendorong kepada gangguan ginjal, barah endometrium dan ovari.

Namun, ada cara untuk makan makanan bergoreng bagi mengurangkan kandungan kolestrol. Walaupun ia masih lagi dimasak menggunakan minyak, tetapi kuantiti minyaknya berkurang berbanding biasa.

4. Masukkan makanan dalam minyak yang betul-betul panas

Apabila menggoreng, pastikan minyak gorengan berada dalam suhu yang betul-betul panas.

Ini akan mengurangkan penyerapan minyak ke dalam masakan anda. Makanan juga menjadi rendah kolesterol.

Memasak menggunakan minyak yang betul-betul panas juga membuatkan makanan lebih garing dan sedap dimakan sewaktu berbuka puasa.

5. Tapis makanan

Selepas siap menggoreng, dinasihatkan untuk menapis makanan tersebut terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Alaskan tisu di bawah makanan yang telah digoreng agar minyak tersebut diresap supaya baki minyak di atas makanan berkurangan.

Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker