Penyerang guna pisau dekat sekolah cederakan dua kanak-kanak

BERLIN: Dua kanak-kanak perempuan cedera selepas diserang ketika dalam perjalanan ke sekolah di barat daya Jerman padi tadi, kata jurucakap polis, mengesahkan laporan akhbar harian negara itu, Bild.

Bagaimanapun, jurucakap berkenaan tidak dapat memberi butiran lanjut mengenai serangan itu, yang berlaku di Illerkirchberg, sebuah pekan dengan sekitar 5,000 penduduk di barat Munich.

Menurut laporan awal Bild, penyerang menggunakan pisau.

Jurucakap polis di bandar Ulm, Wolfgang Juergens, berkata selepas tiba di lokasi jenayah dan merawat dua kanak-kanak perempuan yang cedera parah itu, polis mendapat tahu suspek melarikan diri ke bangunan bersebelahan.

“Orang di dalam bangunan berkenaan sudah ditahan,” katanya tanpa menjelaskan berapa ramai yang ditahan atau sama ada suspek salah seorang daripada mereka.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan semua maklumat akan diketahui dalam masa terdekat. – REUTERS

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker