Larangan untuk kenderaan berat selama 5 hari

Larangan untuk kenderaan berat selama 5 hari

Kementerian Pengangkutan dijangka menetapkan larangan kenderaan berat menggunakan lebuh raya selama lima hari sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, larangan itu dijangka bermula 30 April hingga 2 Mei serta 7 Mei hingga 8 Mei.

Katanya, larangan berkenaan dijangka diwartakan dalam tempoh terdekat, bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik yang meningkat ketika sambutan Aidilfitri.

“Saya sudah menandatangani warta sama seperti sebelum ini iaitu tiga hari sebelum dan selepas hari raya.

“Sekiranya diwartakan, semua pemegang permit terutama kenderaan perdagangan tertakluk kepada peraturan diwartakan.

“Kita ada sistem hebahan bagi memaklumkan larangan ini dan spesifikasi kenderaan berat yang dilarang adalah seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Forest City Golf Resort di sini hari ini. BH

Larangan untuk kenderaan berat selama 5 hari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker