Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum bulan ini

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijangka membentangkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 pada bulan ini selepas mengambil kira peralihan negara ke fasa endemik.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, prosedur operasi standard (SOP) itu mengambil kira pandangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia melibatkan aspek kesihatan dan keselamatan daripada ancaman Covid-19.

“SOP ini turut melibatkan aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan secara berperingkat-peringkat di sekolah sahaja,” katanya selepas meninjau pengoperasian sekolah tanpa menggunakan sistem penggiliran di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh di sini pada Ahad.



Seramai 130,177 pelajar dari Kumpulan A melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor memulakan sesi persekolahan pada Ahad secara bersemuka tanpa menggunakan sistem penggiliran.

Menurutnya, untuk langkah berikut KPM akan memaklumkan aktiviti kokurikulum antara sekolah pula.

Beliau berkata, SOP berkaitan garis panduan tersebut ketika ini berada di peringkat akhir sebelum diumumkan.

Mohd Radzi berkata, pelajar tinggal di asrama yang mempunyai kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19 dan tidak bergejala boleh hadir ke kelas seperti biasa.



“Mereka tidak perlu menjalani kuarantin kendiri. Oleh demikian, kita berharap seluruh masyarakat termasuk guru, ibu bapa dan pelajar sekolah supaya sentiasa mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

“Hal ini supaya pelajar-pelajar dapat belajar secara bersemuka seperti biasa tanpa menggunakan sistem penggiliran lagi,” katanya.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker