Kes Covid-19 di Selangor melonjak lebih 6,000

SHAH ALAM – Jumlah kes Covid-19 di Selangor kembali meningkat kepada 6,568 kes setakat jam 11.59 malam pada Sabtu berbanding 6,184 kes pada Jumaat.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad melaporkan jumlah berkenaan meliputi 6,561 kes komuniti, empat kes penjara dan tiga kes Import A.

Menurut hantaran tersebut, mukim Petaling menyumbang jumlah kes Covid-19 tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 2,374 kes.



“Di mukim ini, daerah Petaling mencatatkan kes Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,251 kes, diikuti dengan Damansara (615); Sungai Buloh (336); Bukit Raja (171) termasuk satu kes import,” katanya pada Ahad.

Dalam pada itu, JKNS turut memaklumkan mukim yang mencatatkan kes Covid-19 kedua tertinggi di Selangor ialah Hulu Langat iaitu sebanyak 1,008 kes, diikuti dengan Gombak (978); Kuala Langat (918) dan Klang (744).

Selain itu, mukim lain terus mencatatkan kes Covid-19 di bawah 300 kes iaitu Sepang sebanyak 238 kes, diikuti dengan Hulu Selangor (185), Kuala Selangor (91) dan Sabak Bernam (37).

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker