Boleh ambil gambar dan buat mini love? – Nabila

Boleh ambil gambar dan buat mini love? – Nabila

Selebriti popular, Nabila Huda menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap nasib yang menimpa anak istimewa kurang upaya (OKU) Sindrom Down iaitu Bella.

Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Huda Suhaimi juga mempersoalkan tindakan peguambela tertuduh, Siti Bainun yang didakwanya tergamak bergambar beramai-ramai sambil menunjukkan simbol mini love usai perbicaraan kes tersebut baru-baru ini.

“Wow. Mereka boleh ambil gambar dan buat (simbol) peace dan mini love?” soal pelakon Nabila, 38, menerusi Instastory.



Sementara itu, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 itu tidak gentar mengeluarkan kenyataan dalam satu ruangan komen akaun Instagram bahawa pengamal undang-undang itu seorang yang gila glamor.

Kata Nabila, mana-mana kes tular, wanita itu memunculkan diri dan ‘mencuba nasib’.

“Gila glam! Mana kes-kes viral, dia akan muncul, cuba nasib buat rompakan kerana terlalu fikir untuk merompak sampai mata jadi buta untuk nampak mana satu betul atau salah.

“Kelas bawahan. Semoga kita semua dijauhilah daripada perangai buruk sebegini. Nauzubillah. Marilah kita semua berdoa supaya mereka yang menganiaya dan menyeksa adik Bella akan dapat hukuman setimpal,” getus pelakon filem Munafik itu.



Baru-baru ini, perbicaraan kes melibatkan remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu memasuki episod baharu apabila Mahkamah Sesyen memberitahu, dia diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Terbaharu, saksi kes turut memberitahu mahkamah, Bella dibogel dan dicurah air panas. Mahkamah juga mendengar keterangan bahawa remaja itu tidak dibenarkan minum air selama beberapa hari kerana tidak mendengar cakap Siti Bainun. MG

Boleh ambil gambar dan buat mini love? – Nabila


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker