Tak Percaya Ke? Cuba Sendiri 7 Makanan “Superfood” Ini Boleh Buat Tahan Lapar Sepanjang Puasa

Tak Percaya Ke? Cuba Sendiri 7 Makanan “Superfood” Ini Boleh Buat Tahan Lapar Sepanjang Puasa

MESKIPUN berpuasa, makan dengan betul di bulan Ramadan adalah kunci mengekalkan kecergasan dan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Sebenarnya terdapat pelbagai makanan boleh diambil ketika bersahur dan berbuka puasa yang mampu memberi manfaat kepada tubuh terutamanya ketika mengerjakan ibadah.

Paling utama, Rouba turut berkongsi beberapa resepi istimewanya menggunakan bahan pilihan tersebut menerusi aplikasi Muslim Pro.

1. Kurma

Pepatah ‘sebiji epal setiap hati dapat menjauhkan anda daripada doktor’ cukup popular tetapi pepatah di dalam Islam ‘tujuh biji kurma sehari menjauhkan anda daripada doktor’.

Nabi Muhammad SAW menetapkan makan tujuh biji kurma pada waktu pagi sebagai perlindungan terhadap racun dan sihir. Banyak kajian membuktikan kurma sebagai makanan super!

Dengan kandungan gula semula jadi dan penuh serat, ia juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting seperti kalium, kalsium, magnesium, fluorin serta pelbagai vitamin dan mineral lain.

Kurma bukan sahaja memiliki kelazatan yang tersendiri, tetapi anda juga boleh menikmatinya dalam salad, pencuci mulut atau smoothie – sedap!

2. Habbatus Sauda (Jintan Hitam)

Habbatus Sauda, atau jintan hitam mempunyai banyak manfaat yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan sering digunakan sebagai ubatan semula jadi dalam menyembuhkan pelbagai penyakit.

Habbatus Sauda telah dikaji secara meluas dan disebut-sebut kerana sifat antioksidannya yang kuat, khususnya thymoquinone, yang menghapuskan radikal bebas (molekul tidak stabil) dalam badan anda yang boleh membawa kepada keadaan kesihatan yang tidak baik.

Dalam masakan, ia digunakan sebagai campuran rempah dan perasa untuk menaikkan aroma hidangan. Jintan Hitam mempunyai bauan yang harum seperti harum bawang goreng yang sesuai di dalam sup, hidangan kentang berempah, hidangan ikan dan sayur-sayuran.

3. Buah tin

Ini juga merupakan salah satu buah yang terkenal di Timur Tengah! Buah tin boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan, dipanggang atau yang telah disejukkan.

Ia sangat enak dihidangkan bersama salad atau pencuci mulut.

Buah ini telah terkenal berabad lamanya, sama seperti kurma. Ia juga disebut dalam al-Quran, terkenal kerana memberi manfaat dalam kesihatan, memandangkan ia kaya dengan sumber kalsium, zat besi, magnesium, vitamin B6 dan kalium.

Buah tin bukan sahaja rendah lemak, tetapi juga tinggi serat untuk membantu proses penghadaman. Pengambilan buah tin telah terbukti menyokong bakteria sihat dalam usus, membantu untuk mengurangkan sembelit dan kembung perut.

4. Buah Delima

Buah Delima yang juga dikenali sebagai buah Jannah (syurga) disebut dalam al-Quran sebanyak tiga kali dan disebutkan dalam hadis sebagai baik untuk sistem pencernaan dan kesihatan rohani.

Buah yang mempunyai rasa manis dan sedikit rasa masam menyegarkan lelangit, dan kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan asid folik.

Butir buahnya seperti bentuk permata ini dijadikan sebagai hiasan yang mencantikkan untuk beberapa hidangan Timur Tengah, seperti dips, salad dan hidangan utama. Selain itu, ia juga boleh dinikmati begitu sahaja atau dengan sedikit yogurt.

5. Anggur

Anggur merupakan salah satu buah-buahan sunnah yang disebut di dalam al-Quran sebanyak enam kali dan ia merupakan buah-buahan yang terdapat di dalam Syurga.

Ibn al-Qayyim dalam karya agungnya “The Prophetic Medicine” berkata anggur adalah makanan yang baik untuk mencegah penambahan berat badan, serta menjadi sumber khasiat yang sangat baik.

Anggur kaya dengan vitamin C dan kalium, dengan banyak antioksidan (20 kali ganda kuasa antioksidan daripada vitamin E, dan 50 kali ganda lebih besar daripada vitamin C. Buah ini memiliki kehebatannya yang tersendiri, dan ia enak dinikmati bersama salad buah segar!

6. Madu

Siapa sangka dengan menjadi sihat kehidupan menjadi sangat indah? Satu lagi makanan sunnah yang menakjubkan dan pilihan superfood ketujuh kami ialah madu!

Jika anda pernah mendengar petua lama untuk mencampurkan madu ke dalam air suam bagi meredakan sakit tekak, ternyata ada merit saintifik untuk remidi ini. Madu penuh dengan sifat anti-bakteria dan anti-radang yang membantu meneutralkan bakteria berbahaya.

Selain daripada minum air madu (disyorkan dengan perahan limau), madu yang disiram atas buah tin panggang, disapu pada roti bakar, atau sebagai topping pada yoghurt dan granola juga lazat!

7. Kiwi

Setakat ini setiap senarai makanan sunnah yang dinyatakan adalah makanan kesukaan di Timur Tengah, tetapi superfood yang tidak mungkin dapat dinikmati adalah kiwi.

Kiwi kaya dengan sumber serat, vitamin C dan K, dan khasiatnya mengatasi pisang, epal, strawberi dan juga oren. Kiwi juga dikatakan sebagai buah-buahan yang mampu memperbaiki tidur dan meningkatkan mood dengan lebih baik.

8. Minyak Zaitun

Ramai orang sering mengadu tentang kulit kusam dan jerawat pada bulan Ramadan kerana kekurangan air (memakai topeng muka juga tidak dapat membantu).

Walaupun minum air yang mencukupi semasa waktu bukan bulan puasa adalah penting, pengambilan buah zaitun dan minyak zaitun ke dalam diet anda juga akan berfungsi dengan baik.

Bukan sahaja kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin E, minyak zaitun juga mempunyai pelbagai kelebihan dan boleh disiram pada hampir semua makanan untuk kelihatan segar dan berkilauan.

Tak Percaya Ke? Cuba Sendiri 7 Makanan “Superfood” Ini Boleh Buat Tahan Lapar Sepanjang Puasa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker