Calon PM PH adalah Anwar bukan lagi Mahathir Mohamad

DAP menyatakan sehingga kini tiada perubahan terhadap keputusan Pengerusi PH Anwar Ibrahim merupakan calon perdana menteri gabungan itu, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.

“Bagi DAP sudah pasti kita dalam PH, apa pun keputusan PH mesti dibuat bersama, secara konsensus.

“Kami membuat keputusan lama dahulu. Itu keputusan tetap. Selagi tiada keputusan baru, maka keputusan itu masih kekal,” katanya seperti dilaporkan Malay Mail.

Dia berkata demikian ketika ditanya sama ada Anwar masih menjadi pilihan untuk mengetuai PH bagi menghadapi PRU ke-15.

Sebagai rekod, mengikut persetujuan dalam PH, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri bagi pentadbiran gabungan itu.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan selepas berlakunya Langkah Sheraton yang menyaksikan PH tumbang apabila Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar daripada PH dan membentuk kerajaan bersama Umno dan PAS.

Sejak itu kredibiliti Anwar dilihat terjejas teruk selepas dia mendakwa mendapat sokongan majoriti yang kuat untuk menjadi perdana menteri tetapi tidak berjaya.

PKR juga mencatatkan prestasi buruk dengan hanya menang tiga kerusi dalam tiga pilihan raya negeri sebelum ini.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu Razali Idris berkata partinya akan mencadangkan Muhyiddin sebagai perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) menang dalam PRU akan datang.

Ia selepas Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengumumkan bahawa majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menamakan Ismail Sabri Yaakob, yang merupakan naib presiden parti, sebagai calon perdana menteri BN.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker