Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Di Banting

Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Di Banting

SUBANG JAYA – Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting semalam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Muhamad Nazri Mohd. Nor, 31, yang bertugas di Balai Polis Bukit Puchong dikatakan baru selesai menjalankan tugas sebagai anggota kereta peronda (MPV).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, mangsa menunggang motosikal jenis SYM dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sri Cheding sebelum terbabit kemalangan.



“Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.45 petang melibatkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dan sebuah kenderaan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Arwah meninggalkan seorang isteri yang bertugas di Balai Polis USJ 8 dan belum dikurniakan cahaya mata. Jenazah telah di hantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan kes ini dijalankan cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Sehingga kini, pemandu kenderaan yang terlibat masih belum membuat laporan polis. Pihak polis memohon saksi awam yang lihat kemalangan tersebut untuk tampil memberikan maklumat kejadian,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed serta seluruh warga kerja Polis Kontinjen Selangor mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Koperal Muhamad Nazri Mohd. Nor.

“Allahyarham meninggal dunia pada usia 31 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 9 tahun. Perkhidmatan terakhir Allahyarham di Balai Polis Bukit Puchong, IPD Subang Jaya.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” jelasnya. – KO

Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Di Banting



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker