Ahmad Maslan ajar Presiden PAS mengira

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya bahawa kerajaan persekutuan pada masa ini “didominasi 70 kerusi” Perikatan Nasional (PN).

Ahmad berpandangan angka sebenar sepatutnya hanya 25 kerusi PN, jika tidak mengambil kira ahli parlimen dari Umno dan PKR yang melompat ke Bersatu.

“…Didominasi 70 kerusi PN dan gabungannya kah?

“Cuba kira: Bersatu 31 kerusi, PAS 18 kerusi dan STAR satu kerusi, baru 50 kerusi. 31 kerusi Bersatu termasuk 15 kerusi (bekas) Umno/BN dan 10 daripada PKR.

“PN sebenar ialah enam (ahli parlimen) Bersatu yang bukan melompat, 18 dari PAS dan seorang dari Star. Baru 25, bukan 70 kan?” soalnya di Twitter hari ini.

Lanjutan MOU dan pembubaran Parlimen

Semalam, Hadi dilaporkan berkata PAS akan mengadakan perbincangan sama ada setuju untuk melanjutkan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan PH, yang akan tamat pada 31 Julai ini.

Berita Harian memetik Hadi sebagai berkata, walaupun Ismail Sabri telah akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno agar ia tidak dilanjutkan, PAS tetap akan membincangkannya memandangkan kerajaan “didominasi” parti PN.

Menurut Fasal 2.1 MOU itu, persefahaman itu kekal sehingga pembubaran Parlimen. Fasal 3.1 pula menyatakan Ismail Sabri tidak akan membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Sementara itu, Bernama melaporkan ahli MT Umno Bung Moktar Radin berkata PRU15 wajar diadakan selepas tamatnya MOU itu pada 31 Julai ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker