Anak Sulung Najib Mahu Fokus Pada Pembangunan Anak Muda

Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, tingkatkan kemahiran golongan muda selain bantu tarik pelaburan baharu ke Pekan

Oleh Nurul Aisyah

ANAK sulung Datuk Seri Najib Tun Razak dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya oleh Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau bertekad meneruskan perjuangan bapanya.

Datuk Mohd. Nizar Najib berjanji akan berikan yang terbaik dalam mengalas tanggungjawab tersebut.

Beliau yang bekerja sebagai perunding serta akauntan menyedari tugas yang dipikul untuk meneruskan perjuangan bapa di Pekan sangat berat. Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan dengan baik kerana ayahanda beliau telah melakukan banyak inisiatif pembangunan untuk rakyat.

Bapa kepada lima orang anak ini berkata, sebagai calon baharu, beliau akan bersama membantu memperkukuh kerajaan negeri jika diberikan peluang oleh rakyat untuk berkhidmat.

Antara fokus utama beliau adalah usaha membangunkan anak muda dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran golongan itu selain membantu menarik pelaburan baharu ke kawasan Pekan.

Kepentingan penduduk di Pekan khususnya dan Pahang amnya akan menjadi fokus gerak kerja anak Datuk Seri Najib ini.

Barisan Nasional (BN) Pahang membariskan calon mewakili semua parti komponen berdasarkan persetujuan dan persefahaman yang jelas atas semangat dan muafakat BN.

Bagi calon BN di 14 Parlimen Pahang, Parlimen Bera ditandingi Ismail Sabri , Datuk Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Hasan Ariffin (Rompin), Datuk Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau).

Kerusi Parlimen Pekan pula ditandingi penyandang kerusi DUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ahmad dan Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar (Kuantan) dan Datuk Mohd Zukarmi Abu Bakar (Jerantut).

Pengumuman juga menyaksikan dua EXCO kerajaan negeri iaitu Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Datuk Seri Shahaniza Shamsudin masing-masing dipertaruhkan untuk bertanding di Temerloh dan Maran.

MCA pula mendapat tiga kerusi Parlimen iaitu Bentong yang bakal ditandingi oleh Tan Sri Liow Tiong Lai manakala kerusi Indera Mahkota akan ditandingi pegawai khas Presiden MCA, Datuk Quek Tai Seong dan Raub pula Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Pada PRU-14, BN Pahang memenangi sembilan daripada 14 Parlimen manakala kerusi DUN pula BN memenangi 25 daripada 42 kerusi. Moga dalam PRU15 ini Pahang bakal memenangi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri tersebut.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker