Senarai penjawat awam yang layak terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Senarai penjawat awam yang layak terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 akan dibayar kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah, mulai Jumaat ini.

Kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKKA kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.



Memperincikan insentif itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dalam surat edaran semalam, memaklumkan BKKA 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.

RM500 akan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 5 April, pegawai lantikan Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian serta pegawai lantikan MySTEP dan RM250 kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

BKKA 2024 juga layak diterima oleh pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya. BKKA ini dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai itu.

Menurutnya, BKKA 2024 turut diberikan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 5 April dan telah dilantik sebelum 5 April.



Selain itu, guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak, tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya. Selain itu, pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran, hakim dan pesuruhjaya kehakiman juga layak menerima BKKA 2024.

Menurut surat edaran berkenaan, bayaran BKKA 2024 bagi pesara kerajaan, termasuk yang bersara selepas mencapai opsyen umur persaraan atau bersara atas sebab kesihatan akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala veteren berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

“Veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 5 April, layak dibayar RM500 dengan bayaran RM250 oleh JPA atau JHEV dan baki RM250 dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat,” menurutnya.

Bagaimanapun bayaran BKKA 2024 tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam atau ditukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas.



Menurut surat edaran itu, pemberian BKKA 2024 adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. BH

Senarai penjawat awam yang layak terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’



Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker