Hospital Al-Shifa musnah sepenuhnya, jenazah bergelimpangan

Hospital Al-Shifa musnah sepenuhnya, jenazah bergelimpangan

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa dan kawasan sekitarnya di barat Bandar Gaza awal semalam, meninggalkan berpuluh-puluh penduduk terbunuh bersama kemusnahan besar.

Laman berita Middle East Monitor melaporkan, askar Rejim Zionis berundur sepenuhnya dari dalam hospital dan kawasan sekitar menuju ke arah selatan kejiranan Tel al-Hawa, barat daya Bandar Gaza.

Menurut saksi, tentera penjajah membakar semua bangunan hospital terbesar di Semenanjung Gaza tersebut, mengakibatkan perkhidmatan terhenti sepenuhnya.

Tambahnya, askar Zionis memusnahkan bangunan pembedahan dan membakar ruang menyambut tetamu serta bangunan kecemasan.

Tentera Israel turut membakar bangunan menempatkan pusat rawatan buah pinggang dan wad bersalin, bilik mayat, wad kanser serta memusnahkan bangunan klinik pesakit luar, tambah saksi.

Ujarnya lagi, mayat bergelimpangan ditemui di dalam hospital dan jalan-jalan sekelilingnya.

Israel turut memusnahkan tanah perkuburan sementara yang didirikan oleh penduduk Palestin di hospital itu dan mengeluarkan jenazah yang telah ditanam serta membiarkan ia berselerak di serata kawasan hospital.

Tentera Zionis menyerbu Hospital Al-Shifa yang menempatkan beribu-ribu pesakit dan penduduk yang kehilangan tempat tinggal pada 18 Mac lalu dengan alasan ia digunakan oleh Hamas sebagai pusat operasi. K Online

Hospital Al-Shifa musnah sepenuhnya, jenazah bergelimpangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker