Virus COVID-19 Dikesan Pada Bungkusan Durian Dari Thailand

Virus COVID-19 Dikesan Pada Bungkusan Durian Dari Thailand

CHANTHABURI: China menyekat penghantaran durian dari Thailand ke negara itu selepas pihak berkuasa mengesan virus COVID-19 pada permukaan kotak bungkusan buah itu.

Virus berkenaan ditemui pada trak dan permukaan bungkusan raja buah itu ketika penghantaran di sempadan Mohan, Yunnan, China dengan sekatan dibuat selama tiga hari.

Syarikat dan industri eksport buah-buahan Thailand juga sudah dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan COVID-19 yang ketat.

Setakat ini, tidak jelas bagaimana perkara itu berlaku dan apa yang dilakukan berhubung penemuan virus berkenaan.

Gabenor Chanthaburi, Suthee Thongyaem sudah mengarahkan peniaga buah-buahan untuk bekerjasama dengan langkah kawalan penyakit dan pekerja perlu meneruskan ujian untuk COVID-19.

“Pemeriksaan rutin COVID-19 pekerja perlu dilakukan oleh pihak berkuasa sebelum sebarang penghantaran dilakukan,” katanya.

Jawatankuasa Kawalan Penyakit Wilayah Thailand sedang mengambil tindakan susulan berhubung perkara itu menerusi penutupan beberapa kemudahan pembungkusan serta mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi membendung jangkitan yang didakwa.

Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Chalermchai Sri-on, berkata

beberapa agensi kerajaan perlu memperkukuh peraturan COVID-19 bagi mengelak masalah sama berlaku pada masa depan ketika durian dihentikan daripada dieksport ke China.

Kira-kira 25,000 tan durian atau empat peratus daripada jumlah pengeluaran sedang dihantar ke China dan memerlukan peraturan yang ketat, menurut Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian di Wilayah 6, Chonlatee Numnoo. – AGENSI

Virus COVID-19 Dikesan Pada Bungkusan Durian Dari Thailand

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker