Saintis cadang beku sperma koala elak kepupusan

Pembekuan sperma boleh menjamin kewujudan koala sekiranya berlaku kebakaran hutan besar-besaran dan tidak dijangka. – Daily Sabah

 

CANBERRA, Australia – Penyelidik-penyelidik di Australia mencadangkan agar sperma beruang koala dibekukan bagi melindungi spesies itu daripada kepupusan, lapor laman berita Wionews, semalam.

Sebuah makmal biologi sperma boleh dibina untuk memastikan kemandirian spesies marsupial yang terancam seperti koala, tulis laporan cadangan tersebut.

“Buat masa ini, kami tidak mempunyai polisi insurans terhadap bencana alam seperti kebakaran belukar 2019 hingga 2020 yang mengancam kepupusan sejumlah besar haiwan dalam sesuatu  masa.



“Jika populasi koala mati dalam kejadian kebakaran seperti ini, tidak ada cara untuk menghidupkan atau memulihara genetik haiwan ini,” kata saintis konservasi, Dr. Ryan Witt.

Sementara itu, Dr. Lachlan Howell dari Universiti Newcastle berkata,  penggunaan sperma beku membolehkan pengenalan semula variasi genetik ke dalam populasi koala liar tanpa perlu memindahkan koala.

“Kami telah mengenal pasti 16 hospital hidupan liar dan zoo di seluruh Australia yang boleh bertindak sebagai nod untuk mengumpul sperma koala,” kata Howell.

Sperma itu  kemudian boleh digunakan dalam program pembiakan untuk membawa kepada lonjakan dalam populasi spesies  itu.



Tambah Witt, cadangan tersebut adalah cara paling efektif dari segi pembiayaan kos untuk memulihara kepelbagaian genetik koala. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker