KKM Keluar Notis Arah Gerai Mee Tonggek ‘Ulat’ Ditutup

KKM Keluar Notis Arah Gerai Mee Tonggek ‘Ulat’ Ditutup

Putrajaya: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengeluarkan notis penutupan terhadap peniaga mee tonggek yang tular kerana terdapat ulat dalam makanan dijual.

Katanya, pemilik gerai perlu mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula.



“BKKM sudah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap gerai yang menjual mee tonggek berkenaan.

“Selain tindakan penutupan, kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja yang didapati tidak mengambil suntikan anti-tifiod. Tiga sampel turut diambil di gerai terbabit bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing.

“KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di premis itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Terdahulu, video mee goreng bersama sotong yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya mempunyai ulat tular di media sosial.

Dalam pada itu, mengenai isu gumpalan rambut dalam kuih limas, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar kuih limas berkenaan bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983.

Beliau turut memaklumkan sehingga kini, menerusi Operasi Ramadan 2022 di seluruh negara, 4,362 premis Bazar Ramadan sudah diperiksa dan 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500 dikeluarkan bagi kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.-HM

KKM Keluar Notis Arah Gerai Mee Tonggek ‘Ulat’ Ditutup



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker