Kenyataan Nurul Izzah ibarat tak yakin dengan kepimpinan ayah
Kenyataan Nurul Izzah ibarat tak yakin dengan kepimpinan ayah
Kenyataan terbuka Nurul Izzah Anwar bahawa Pakatan Harapan (PH) memerlukan dua pusingan pilihan raya umum untuk kembali menguasai Putrajaya mencerminkan ketidakyakinan beliau terhadap kepimpinan ayahnya, Anwar Ibrahim mengetuai gabungan itu, kata penganalisis politik.
Bagaimanapun, Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata Izzah sangat berhati-hati untuk tidak disalah tafsir sebagai sedang memprotes kepimpinan ayahnya apabila beliau menyokong kempen Ayuh Malaysia yang digerakkan Rafizi Ramli bagi menarik pengundi atas pagar.
Ramalan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu walaupun pahit untuk ditelan, katanya, ia menggambarkan keadaan sebenar PH ketika ini yang mana majoriti rakyat sudah tidak yakin akan kemampuan gabungan itu mentadbir.
“Sulit untuk Izzah berterus terang dalam hal ini memandangkan ia melibatkan prestasi ayahnya sendiri. Tapi nampak dari sudut zahirnya, gaya Izzah cocok dengan Rafizi.
“Tapi beliau sangat berhati-hati untuk tidak disalahtafsir sebagai sedang memprotes kepimpinan ayahnya,” katanya merujuk kepada kenyataan Rafizi bahawa PH perlu realistik dalam PRU15 dan berpuas hati kekal sebagai pembangkang “yang bermaruah”.
Izzah sebelum ini meramalkan PH memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun atau dua pusingan PRU untuk kembali menguasai Putrajaya.
Bekas naib presiden PKR itu berkata, gabungan itu juga diramal berdepan laluan sukar dan akan kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Felo kanan Akademi Nusantara (kajian strategik) Azmi Hassan pula berpandangan cara Izzah “mengangkat bendera putih” lebih awal sebelum masuk ke medan perang tidak seharusnya berlaku.
“Setiap parti kena beri keyakinan (untuk menang) kepada penyokongnya. Bila Izzah atau Rafizi cakap tiada harapan bagi PH untuk tubuhkan kerajaan, itu seolah-olah sudah mengangkat bendera putih dan beri bola tanggung kepada BN/Umno,” katanya.
Beliau berkata pendirian Izzah yang tidak mahu bertanding dalam pemilihan PKR juga akan menyukarkan lagi pemulihan kepercayaan kepada parti itu.
“Jika hendak mengubah PKR ia mesti bermula dari dalam dan mesti bermula dari seseorang yang mempunyai jawatan. Kalau tidak ada jawatan sukar untuk mengubah PKR itu seperti disarankan Izzah,” katanya.
“Katakanlah Rafizi tewas maka kumpulan untuk mengubah PKR itu akan terbantut.” Dalam pemilihan parti bagi penggal 2022/2025, Rafizi berdepan Saifuddin Nasution Ismail bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Justeru, Ahmad Fauzi dan Azmi senada bahawa PKR perlu menonjolkan bakat kepimpinan orang muda yang mendokong perjuangan reformasi bagi menarik semula minat orang muda terhadap parti itu.
“Generasi muda lebih mengidentifikasi diri mereka dengan Nurul Izzah daripada Anwar. Ini hakikat pedih yang sangat sukar diakui oleh kedua-dua beranak ini.
“PH perlu membuktikan bahawa ia yakin dengan pemimpin pelapis yang lahir pada akhir 1970an dan 1980an, yakni mereka yang telah mendokong perjuangan reformasi sepanjang hidup dewasa mereka,” kata Ahmad Fauzi.
Azmi pula berkata kepimpinan Anwar dalam beberapa siri PRN sebelum ini menunjukkan kegagalan ketua pembangkang itu.
“Mahu tidak mahu, PH memerlukan kepimpinan baru. Kepimpinan Anwar sekarang banyak kali gagal. Itu yang perlu dilakukan bagi menaikkan kembali semangat mereka yang mahu menyokong PH atau pembangkang.” FMT
Kenyataan Nurul Izzah ibarat tak yakin dengan kepimpinan ayah
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji