Calon PM Pada PRU15: Ismail Sabri Bersyukur, Sambut Baik Keputusan MKT UMNO

Calon PM Pada PRU15: Ismail Sabri Bersyukur, Sambut Baik Keputusan MKT UMNO

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan yang mencadangkan agar beliau terus menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain memanjatkan kesyukuran, Perdana Menteri berkata, keputusan yang dibuat itu melambangkan bahawa UMNO kekal terus bersatu dalam kalangan ahlinya tanpa berbelah bahagi.

“Saya ucap terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden, semua ahli MKT (kerana) sebulat suara menyokong saya sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15, jika Barisan Nasional menguasai pilihan raya.

“Ini menunjukkan bahawa, UMNO ini terus bersatu walaupun macam-macam pihak mengaitkan kumpulan-kumpulan (dalam UMNO) dan sebagainya.

“Tetapi, keputusan semalam jelas menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan oleh masyarakat adalah tidak benar,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.

UMNO semalam mengeluarkan kenyataan bahawa MKT sebulat suara mencadangkan agar Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai calon Perdana Menteri dalam menghadapi PRU15 kelak.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, beliau akur dengan keputusan yang dibuat MKT UMNO untuk menamatkan perjanjian yang dimeterai dengan pihak pembangkang menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dijadual berakhir Julai ini.

“Kita akan tengok. Biasanya keputusan oleh MKT itu perlu diikuti. Bagaimanapun, mungkin bulan tujuh ini, kalau berlaku apa-apa, saya perlu bawa ke MKT semula.

“Dan saya selaku Naib Presiden UMNO tentu sahaja tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh MKT. Bagaimanapun, ia keputusan untuk selepas 31 Julai nanti,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu memandangkan sebarang keputusan mungkin akan menyebabkan berlaku perubahan lain di kemudian hari.

Oleh yang demikian, katanya, perbincangan akan diadakan di dalam MKT seandainya berlaku perubahan atau sebarang keperluan ke arah itu.-AA

Calon PM Pada PRU15: Ismail Sabri Bersyukur, Sambut Baik Keputusan MKT UMNO

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker