Demi memotivasikan anak, ayah ambil sekali lagi SPM

Demi memotivasikan anak, ayah ambil sekali lagi SPM

Simpang Renggam: Bagi memberi dorongan kepada anak bongsunya, Zulkifli Md Pungot sanggup menduduki semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Zulkifli, 54, yang juga Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Andak (SDARA) menduduki peperiksaan itu dengan anaknya, Afif Ajmal Zulkifli, 18, di dewan SMK Simpang Renggam, di sini.

Bercerita lanjut, Zulkifli berkata, itu bukan pertama kali dia menduduki semula peperiksaan SPM kerana pernah menjadi calon subjek Matematik sebanyak 22 kali sejak 2011.



Dia juga pernah menjadi calon SPM bagi subjek Matematik pada 2016 dengan anak sulungnya, Puteri Nur Nabilah, 23, yang kini penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan dekat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.

“Tahun ini, saya lakukannya sekali lagi namun dengan tambahan subjek iaitu Bahasa Inggeris buat pertama kalinya.

“Saya cabar diri menduduki subjek Bahasa Inggeris kerana mahu uji kemampuan memandangkan sebelum ini hanya ada pengalaman mengulang semula peperiksaan bagi subjek Matematik saja.

“Ini cara saya beri kekuatan kepada anak supaya dia berasa ada pesaing terdekat dan lebih bersemangat serta bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi mendapat keputusan cemerlang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Berkongsi persediaannya sebelum menduduki peperiksaan, Zulkifli berkata, pengalaman selama lebih 20 tahun sebagai guru Matematik digunakan untuk berkongsi dengan Afif Ajmal menerusi kelas bimbingan diadakan hasil inisiatifnya sendiri.

Menurut Zulkifli, bukan setakat Afif Ajmal malah dia turut meminta anaknya itu mengajak rakan lain yang lemah dalam subjek Matematik dan tidak mampu mengikuti kelas tuisyen luar untuk belajar bersama.

“Saya adakan kelas pada setiap malam Ahad, Isnin dan Selasa bermula jam 8.30 hingga 10 malam.

“Inisiatif itu bertujuan membantu anak dan rakannya menjelang peperiksaan serta pada masa sama ulang kaji untuk diri sendiri walaupun saya seorang guru Matematik.



“Bagi subjek Bahasa Inggeris pula, saya belajar di Youtube dengan menonton video berkaitan kemahiran bertutur, mendengar dan menulis di saluran itu,” katanya.

Zulkifli berkata, perjalanannya dan Afif Ajmal tidak mudah kerana mereka berdua diuji dengan Covid-19 sebelum sempat menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris.

Jadi, mereka perlu menduduki sesi kedua peperiksaan bagi subjek itu semalam.

“Sepatutnya, saya dan anak menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kertas 1 dan 2 pada 3 Mac lalu.

“Ditakdirkan, saya positif Covid-19 pada 26 Februari lalu sementara anak serta isteri (Tentay Muhamad Sam, 45) pula menjadi kontak rapat sebelum mereka juga disahkan positif Covid-19 pada 1 Mac.

“Saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah dan bersyukur kerana sudah sembuh dan berpeluang menduduki peperiksaan sesi kedua semalam,” katanya. HM

Demi memotivasikan anak, ayah ambil sekali lagi SPM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker